Wednesday, February 16, 2011

Sayangilah diri anda !

Setiap manusia inginkan diri di-sayangi dan di-hargai. Cinta bersifat sempurna,sesiapa yang merasainya pasti terpesona ! Tiada ungkapan mampu dilafazkan apabila diri enak ditenggelami perasaan cinta dan sayang ini.

Namun sedarkah anda, jika anda ingin diri anda disayangi, anda seharusnya terlebih dahulu menyayangi diri anda sendiri. Tiada siapa yang lebih menyayangi kita, kecuali diri kita sendiri. Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kita untuk terus berusaha men-cintai dan menyayangi diri kita sendiri sebelum kita menghadiahkan perasaan cinta dan sayang itu kepada orang lain, khususnya!

Bagaimana anda boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa anda mencintai diri anda?

Oh, readers,

· Pemaaf

Maafkan diri anda ! ye, anda WAJIB memaafkan diri anda sebelum orang lain memaafkan anda. Manusia tidak pernah lari daripada masalah, oleh itu, kita seharusnya memaafkan kesalahan yang kita lakukan. Misalnya, kita suka menonton ‘movie’ hingga lewat malam,kadang-kadang tidur pukul 3 , 4 pagi sehingga kita terlewat ke kelas walaupun sudah set ‘alarm’. Jadi, perkara pertama ialah, MAAFKAN diri anda kerana bangun LEWAT ! Jangan MAKI diri sendiri dan berhenti MENYALAHKAN DIRI ! insyaAllah, kita akan berasa lebih tenang!

· Lakukan aktiviti sendirian

“Oh, tidakkkkk!” mungkin inilah yang anda akan katakan jika diminta untuk melakukan aktiviti sendirian. Setiap manusia berbeza. Dan setiap manusia perlukan masa bersendirian. Anda boleh membawa diri anda pergi menonton wayang tanpa ‘girlfriend’ atau ‘shopping’ tanpa kawan-kawan. “kenapa sorang-sorang? Temanlah aku!” Hello readers, MANJAKAN dirimu sendirian. ‘SELF-independence’! Tapi tapi tapi, janganlah jadi SOMBONG pulak ! aktiviti ini sesuai diadakan seminggu sekali. Bayangkanlah anda ‘shopping’ bersama kawan-kawan, anda tidak cukup kaki nak pergi kedai kegemaran kerana sibuk mengikut teman-teman anda ke kedai kegemaran mereka. Oh, readers, adakah anda suka? heee

· Tepati Janji

Janji yang diungkapkan untuk diri sendiri. Misalnya, berjanji untuk tidur awal. Oh, readers, Tepatilah janji anda ! walaupun dengan diri sendiri ! janganlah seksa jiwa dan hati anda sendiri !

· Hadiah untuk diri sendiri

Bukan macam usop hantu kak limah yang perasan dapat blueberry kek, tapi keadaannya hampir begitu ! Cuma anda janganlah pura-pura tak tau beli apa pulak! Belikanlah diri anda apa sahaja sebagai habuan. Takkan bagi orang lain boleh, diri sendiri, dapat ZERO je kan?

· Buang sikap MALAS

Semua manusia mesti akan ada sifat malas, biar pun sedikit ! Namun azam itu mesti ada untuk men-nyah kan sifat tersebut ! berlakulah ADIL dengan diri, Rajinkan diri !

Love,

DayahSamad

No comments:

Post a Comment