Saya seorang yang kurang rajin menelaah buku! Tapi saya sentiasa berazam untuk belajar, mengulang kaji pelajaran demi mencapai impian saya dan memenuhi harapan ibu saya! Mari-mari tips belajar!
Oh readers,

Cukupkan tidur.
Jangan manjakan diri anda untuk tidur lebih waktu. Jangan paksa diri anda untuk dapatkan waktu tidur yang kurang. Orang dewasa haruslah tidur dalam 6-8 jam sehari. Perasankah anda, jika anda tidur melebihi waktu atau kurang mendapat tidur, kepala anda akan pening-pening. Haa...macam mana nak belajar kalau pening? maka, kawal diri anda. Janganlah anda tidur tak tentu waktu. Biasanya pelajar pasti akan tidur lewat, lagi-lagi di peringkat University, tidur dalam pukul 2,3 dan ada juga yang tak tidur seharian. Tapi cubalah bangun keesokkan hari, apa yang anda dapat? Menguaplah anda seharian, kepala pusing, 1 apa pun tak boleh buat! Jadi, dapatkan waktu tidur yang betul. Disamping itu, anda tidak akan mengalami masalah tidak hadir ke kelas, bukan? Tahukah anda, Tidur yang kurang dan banyak boleh mengakibatkan kegemukan. Anda juga pastinya tiada mood dan berasa amat letih. Dapatkanlah tidur yang cukup supaya sentiasa sihat dan ceria!
Awal sikit.
Ye, kelas anda pukul 10 dan anda ada kenderaan sendiri untuk ke kelas. Jadi bukanlah alasan bagi anda untuk memulakan perjalanan ke kelas 5minit sebelum pukul 10. Kalau anda lambat masuk ke kelas, anda bukan sahaja menganggu pensyarah malah rakan-rakan anda. Anda juga akan ada perasaan takut hendak masuk ke kelas kerana lambat dan ini membuatkan anda hilang semangat dan minat terhadap subjek berkenaan kerana dimarahi oleh pensyarah anda.Jadi, gerak awal lah der! heee.
Tumpukan perhatian sepenuhnya.
Kalau anda seperti saya yang malas bebenor nak membuka balik apa yang dipelajari, haa...tumpukanlah perhatian sepenuhnya. Elakkan duduk dalam kumpulan kamcing anda kerana ini akan membuatkan mulut anda ringan bebenor nak berborak. Bila pensyarah cakap, pahamkan sepatah-sepatah setiap ‘words’ yang keluar. Kalau tak paham, terus angkat tangan. Hey, malu bertanya sesat jalan tau tak? Tapi tapi tapi kalau malu jugak mendadak-dadak, apa kata anda jumpa pensyarah anda selepas kelas. Ye, itulah yang terbaik! Janji anda pahamkan apa yang diajar oleh pensyarah anda! J
Nota ringkas cantik memerlukan anda kepakaran mengolah apa saja input yang ada ke atas sebuah kertas dan menghasilkan sesuatu yang cantik. Kenapa cantik? Tulisan burukkk! Ohh, perlu lah cantik, semua orang suka melihat benda cantik. Kalau anda tulis buruk-buruk, nak ke anda baca nota ringkas yang tak cantik tu? Alamatnya ke dalam tong sampah akhirnya! Kalau tulisan buruk pon at least tulislah yang boleh dibaca. Kalau tak pon, typelah kat ‘lappy’ alaa kan sekarang boleh guna Microsoft power point buat slide show. Apa tunggu lagi! Nota ringkas amat berguna kepada anda bila masa ‘exam’ nak bermula. Nak baca 1buku ‘exam’ lagi 10 minit mana sempat kan? Nota ringkas boleh membantu anda ‘refresh’ ingatan anda.
p/s: anda tetap kena membaca walaupun ada nota ringkas dari pensyarah. J
Kenapa membaca-baca? Ye, sbb anda perlukan lebih dari 1 buku untuk dibaca. Janganlah anda menghadap buku yang sama berulang kalau dah tak paham. Tapi yang penting anda harus membaca. Mana nak tau apa yang jadi kalau kita sendiri tak memahami. Takkan nak harapkan orang je kan sbb kita ni dah besar panjang. Betol tak?

Jangan Tangguh.
hari ni tak turun main bola, tak pergi makan dengan gf sebab ‘assignment’ sebulan lepas tak siap lagi, esok dah due date! Padan muka ang! Siapa suruh ang tangguh-tangguh? Jadi, janganlah tangguh kerja, kalau taknak bertimbun-timbun kerja. Kalau anda tangguh kerja, masa untuk anda gunakan dalam memproses ‘assignment’ tak cukup! Makanya, hasil yang diperolehi kurang memberangsangkan. Your result nanti, jangan cerita lah! Bukan itu je, dalam apa saja perkara pon jangan lah anda tangguh, lagi-lagi bab solat. Makan juga. Bila anda tangguh anda sebenarnya membentuk peribadi kearah KEMALASAN!

Berdoa dan berserah.
Ye, tiap kali habis solat, jangan alpa untuk berdoa. Sesungguhnya orang yang sombong adalah orang yang tidak berdoa pada akhir solatnya. Doalah kepada tuhan, minta segala ilmu yang dipelajari mudah difahami dan dapat berkat dari-Nya. Berserahlah kepada-Nya setelah anda berusaha! insyaAllah!
itu saja dari saya, sekian.
Love,
DayahSamad.

No comments:
Post a Comment