Wednesday, February 16, 2011

gaya HIDUP sihat !


“ngantoknya pagi-pagi ni!”,

“lebih baik ‘jogging’ atas katil petang-petang nyaman cam ni!”

Biasa dengar kan? Kalau bukan anda yang pernah cakap macam ni, mesti anda ada terdengar kawan atau jiran anda ungkapkan. Kalau tak pun, adik ke, kakak ke, abang ke. Oh come on! Sila beri ‘self-improvement’ kepada mereka-mereka ini! chill~

Badan yang sihat bermula dari anda!kalau anda rasa dengan berbadan gemok ala-ala sumo sesuai dengan anda, HENTI-kan membaca! tapi tapi tapi, kalau anda sedar diri, inginkan hidup lebih sihat bukan saja memiliki tubuh yang kurus, langsing dan paling penting IDEAL, go Ahead readers!

Oh readers,

Dengan bersenam, kita mampu membakar lemak terkumpul yang banyak serta menyihatkan tubuh badan kita. tetapi jangan berhenti bersenam! Ini kerana walaupun anda bersenam sehari suntuk, belum pasti lemak anda akan terbakar. 30 jam diperlukan bagi aktiviti berjalan tetapi hanya 1 kilo lemak sahaja mampu di-nyahkan dan 1kilo lemak terbakar sepenuhnya untuk 13 jam senamrobik. (fakta dari pelajar biologi USM). Haaa..susahkan nak buang lemak?. Jadi,,betapa Rugi nya jika anda berhenti bersenam! (lagi 1, kalau kuat makan tu banyak-banyakkanlah bersenam yeee!)

Aktiviti bersenam boleh dilakukan di mana saja anda berada. ‘indoor’ mahupun ‘outdoor’. Jadi tiada alasan sebenarnya bagi anda untuk bersenam. Jika anda sibuk dengan tugasan ‘assignment’ yang bertimbun ataupun anda BOS yang sibuk ber-mesyuarat, luangkanlah sedikit masa, ‘at least’ 15minit untuk aktiviti senamrobik yang boleh dilakukan di bilik anda! Bagaimana? Well, sekarang dunia dah moden, canggih dan sangat IT! U just click on your favourite exercise video on YOUTUBE,,euuuuwww, on YOUTUBE ONLY! Tak perlu anda gagahkan diri berjalan ke Taman permainan kanak-kanak Titiwangsa ataupun Taman Belia untuk aktiviti Poco-poco bulanan, HANYA ‘CLICK’! kemudian, berdiri (ikut jenis senaman yang dipilih) dan ambil posisi yang sesuai. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk diri anda!

Berikut adalah beberapa aktiviti senaman yang boleh dijalankan bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda:




jom swimming! (lamanya tak swim)



dan dan dan, bagi mereka yang agak malas bersenam, ada tips lagi untuk anda, KURANGKAN KUANTITI DALAM MAKAN! ye, anda harus kurangkannya! Jangan isi penuh semua makanan dalam pinggan anda! JANGAN MAKAN MALAM, paling lewat ambil 'dinner' pada pukul 7malam. JANGAN MINUM AIR BER-AIS kalau tak nak perut buncit! dan jika boleh, BANYAKKAN BERJALAN..jangan MALAS berjalan. takkan nak pergi kedai mamak depan rumah nak naik kereta? JALAN KAKI LAH! bila anda sihat, tubuh anda akan memberi kerjasama kepada anda. anda sihat, tak sakit dan boleh menjalani kehidupan sosial yang sihat! bagi PEROKOK TEGAR, KURANGkan kepulan asap! ye tahu, berhenti rokok secara drastik akan memberi kesan sampingan kepada anda, jadi, KURANGKANLAH merokok kerana rokok membahayakan kesihatan!
maka, dengan bersenam dan menjalani gaya hidup yang sihat, anda mampu menangani 'stress' yang di-alami di kolej mahupun di pejabat. luangkan masa anda bersama teman-teman dan keluarga anda agar hubungan silaturrahim dapat dicapai. tambah pula, dengan senaman anda tidak memerlukan kos yang banyak.

diharap dengan senaman akan membantu kita meningkatkan keyakinan diri dan turut mendisplinkan diri kita.

Love,

DayahSamad.

No comments:

Post a Comment