Friday, February 11, 2011

Laksa Janggus !


For those who is Laksa Lover, lets introduce, Laksa Janggus (L.J) !


akhirnya tiba juaa...!

Laksa Janggus terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalanan ke restoran ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dari Bukit Jambul. (bergantung kepada faktor-faktor lain).

Walaupun bernama Laksa Janggus, terdapat juga pilihan makanan lain selain Laksa seperti bihun sup, ketiaw sup, pisang goreng, ubi keledek goreng etc.

Meskipun sudah hampir 3 tahun berada di Pulau mutiara, namun inilah kali pertama saya dan rakan-rakan berpeluang menikmati keenakkan L.J yang sering menjadi bualan.



inilah mangkuk special, ( akibat layan diri aku lupa ambil telur, RUGI! )

Harga semangkuk laksa special adalah RM3.00, laksa biasa RM2.00. terdapat juga saiz kanak-kanak. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil bolehlah mendapatkannya tetapi bagi mereka yang dewasa, laksa mangkuk kecil pastinya tidak cukup untuk anda kerana anda pasti inginkan lagi. (;



goreng pisang ini kami beli RM 4 dan keledek RM1, air sirap RM1 dan aiskrim goreng kureng RM2 :p

Kami turut meng-“order” pisang goreng dan ubi keledek. Yang menariknya, pisang ini di potong nipis-nipis ,digorengkan bersama tepung yang mempunyai biji bijan. Rasanya amat ranggup dan sangat murah!

Kami turut mencuba ais-krim goreng berharga RM 2 seketol, tetapi rasanya agak “kureng” sedikit ):


ABC biasa, OK!

Harga untuk ABC biasa ini ialah RM1.70. murah!terdapat juga ABC special (bersama aiskrim dengan harga RM2.00). Walaupun Nampak biasa tetapi rasa manis-manisnya mampu membuatkan anda rasa berbaloi kerana membelinya.


muka puas menikmati L.J, THUMBS UP, licin.....!



kami pergi ber-lima, makan Laksa SHJ!
yang berjasa membawa kami, TQ!
si pemakan TEGAR! kih3

lastly, memang anda akan rasa berpuas hati makan disini, mungkin ada yang rase makan kat sini ramailah, itulah, inilah..tapi hakikatnya kami pergi, orang boleh kira dengan jari je. jadi for those yang memang nak pegi merasai, dinasihatkan pergi on weekdays, kecuali on Fri, (sbb orang kedah cuti dah, mana tau depa mai sini ka) sbb waktu ni lah orang takk ramai, nak tambah 2 3 mangkuks pon tak segan silu. heee (;


No comments:

Post a Comment