Thursday, February 17, 2011

hubungan kekeluargaan (adik-beradik) yang utuh !

Keluarga adalah utama bagi saya. Hidup saya sudah cukup bahagia andai saya hanya ada keluarga. Dibesarkan dalam keluarga yang ramai iaitu 7 orang adik beradik membuatkan saya alpa akan kewujudan teman-teman. Bayangkanlah, kat rumah ada 3 kakak, 2 abang, seorang adik lelaki. Masa kecik-kecik, kami kumpul adik beradik dah boleh buat team ‘rounders’ untuk blok di taman kami. Bagi saya keluarga adalah segalanya! Bagaimana hendak menjaga hubungan kekeluargaan?

Oh, readers,

  • Hormat-menghormati

Ye, sebagai anak bongsu perempuan (6 dari 7 beradik) saya amat menghormati kakak-kakak dan abang-abang. Even adik saya pun saya hormat dia. Jangan gunakan AKU-KAU dengan memanggil kakak atau abang. Dari kecik lagi, kalau mak atau arwah ayah dengar saya bahasa kan diri aku-kau, mau nye kena rotan sedas! (tapi tak pernah kena rotan Cuma amaran. Kakak saya pernah kena! Heee). Gunakanlah kata ganti diri sebagai contoh, adik,along, alang dan sbg. Ini akan mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga. Walaupun masing-masing dah membesar sekarang, kami masih mengekalkan panggilan kata ganti diri masing-masing.

  • Jangan berkira dan mengungkit

Ini amat penting! Dengan adik beradik janganlah sesekali berkira! Dan paling penting jangan mengungkit. Walaupun anda bergaduh dengan adik anda, jangan sesekali ungkitkan pernah belanja KFC takpun belanja tengok cerita khurafat. JANGAN!

  • Sayang-menyayang.

Sayangi keluarga anda! Bagi post ini di-highlight-kan ADIK BERADIK anda. Tanpa mereka, siapalah anda. Jangan membenci mereka! Malah sayanglah mereka walau apa saja yang terjadi. Selalulah membuat majlis keramaian dengan mengundang adik-beradik anda. Maklumlah sekarang semua dah besar-besar. Ini dapat menunjukkan betapa anda merindui saat-saat anda bersama adik beradik anda. Rindu kan tandanya sayang, betol tak? Heee.

  • Buat ‘EVENT’ tahunan.

Masa kecik-kecik dulu mak dan ayah rajin bawa kita jalan-jalan, jadi, bila dah besar panjang, giliran kita bawa mereka pula. Tapi tak seronok juga jika mak dan ayah saja yang ada, apa lagi, Jemput adik beradik anda sekali! Makin ramai, makin meriah, betol tak? Banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. Tak payah pergi jauh-jauh. Malaysia banyak tempat menarik contohnya, Langkawi, Cameron Highland, Sungai Gabai. Oh, banyaknya, tak larat nak senaraikan. Kalau dah semua besar panjang, tak ada masa, duk jauh-jauh, cukuplah sekadar setahun 2 kali sahaja event macam ni. Heee





'event' tahunan (2009)

majlis perkahwinan abang sulungku


Banyak sebenarnya cara untuk anda menjaga hubungan antara keluarga. Ini bergantung kepada individu sendiri. Tapi mana lagi nak cari darah daging kita kalau bukan adik-beradik sendiri, betol tak? Maka, wajib lah anda menjaga hubungan antara kekeluargaan. Bak kata pepatah, air dicincang takkan putus, begitu hubungan adik beradik.

p/s: gf lari boleh cari ganti, kakak saya lari sapa nak beli kan baju baru nanti? Heee. Kidding!

Love,

DayahSamad

No comments:

Post a Comment