Saturday, February 19, 2011

I love you!


Cinta itu suci, datangnya dari hati dua insan. Cinta itu boleh dicari, namun ia juga boleh datang sendiri. Cinta mempunyai pengertian yang amat mendalam. Susah untuk dilafazkan makna cinta. hanya yang merasai cinta itu sahaja yang mampu menikmati cinta itu. Dan sesiapa sahaja mampu melafazkannya. Tetapi sedarkah anda cinta bukan hanya perlukan lafaz. Cinta perlukan pengorbanan, tolak ansur, kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan. cinta bukan datang pada kita sekali, malah berkali-kali, janganlah kita merundum dan hilang semangat apabila cinta itu hilang. Ye, kehilangan cinta amatlah memeritkan. saya teringat kisah seorang rakan saya, yang menganggap cinta yang pertama itu harus dijaga, disemai hingga ke jinjang pelamin biarpun hatinya telah dikecewa berkali-kali oleh kekasihnya. bukan sekali tetapi berkali-kali. saya akui saya memang tidak berapa mahir dalam bab bercinta."cinta monyet" yang saya alami memang banyak. dan setiap kegagalan "cinta monyet" sayalah puncanya. tetapi saya tahu,"cinta monyet" hanyalah sekadar pengalaman bercinta yang harus saya kongsikan bersama anak-anak saya kelak kerana saya percaya, Allah mahu saya terus berusaha mengenali hati seorang insan yang bernama lelaki untuk membimbing dan menjaga saya hingga ke akhir hayat saya .


Oh, readers,


Jika kita sayangkan si dia, pastinya kita sanggup melakukan apa sahaja. Janganlah kita persoalkan segala pengorbanan pasangan kita. hargailah setiap pengorbananya!. Apa sahaja yang dipinta, seeloknya kita tunaikan. Tetapi kesanggupan menunaikan permintaan itu haruslah mengikut batasan agama. Janganlah kerana cinta, maruah kita tergadai.


Setiap manusia di dunia ada penat dan lelah, jadi janganlah kita berkira sekiranya hendak melakukan apa-apa. Contohnya, hendak ‘dating’ yang pada kebiasaannya si bf ambil kat rumah tapi nak dijadikan cerita hari kejadian tak dapat ambil kita. Tak salahkan kita pergi sendiri ke tempat tujuan? Jadi di sini ada tolak ansur. Sama juga dengan membayar makanan. Memanglah dia bf kita, tapi tak semestinya semua benda nak suruh dia bayar, betul tak? Kalau dah hari-hari makan sama-sama, hari-hari nak dia bayar jugak ke? Tak kesian?! Kata sayang, tapi kau jugak yang duk kikis-kikis mintak bayar tu bayar ini! jadi, disinilah perlu wujudkan tolak ansur, “Today i bayar, esok u bayar ye yang”.


Cinta amat memerlukan kejujuran. Bukannya si dia tak percaya kepada kita, tapi disebabkan sayang dan cinta nya pada kita, si dia ada perasaan risau. Lagi-lagi kita jauh dari pandangan mata. Jadi, bersikaplah jujur. Love is fair. Kalau kita jujur, berdoalah semoga si dia juga jujur pada kita. Doa kan satu daripada usaha kita. Dan jangan sesekali kita membuat si dia curiga dengan kita, bila hilang kepercayaan daripada si dia, cinta yang disemai pastinya hambar. Gaduh 24 jam per bulan. Gaduh sikit-sikit takpe, gaduh hari-hari, siapa lah yang tahan! Lama-lama kita yang bosan dengan cinta ni dan mulalah mencari cinta yang lain. Manusia, sifatnya berbeza!


“Terima kasih abang, ayang suka sangat hadiah ini!” selalulah gembirakan pasangan kita. Bukan mintak suruh belikan hadiah mahal-mahal sentiasa, tapi at least bagilah cokelat ke, yang pasti anda ikhlas. Tak kiralah murah ke mahal ke janji buah hati kau gembira! Ini tidak merujuk kepada mana-mana jantina, baik lelaki, baik perempuan, dua-dua kena bekerjasama. Kerana cinta itu perlukan kerjasama yang utuh daripada kedua belah pihak. Tepuk satu tangan tak berbunyi kan? Haa, lebih kurang cam tu lah pepatahnya. Jadi, selalulah berikan kejutan kepada pasangan kita. Si dia pasti rasa terharu dan dihargai. Itulah sifat manusia, sukakan KEJUTAN! Memanglah perempuan nak kekasih hati jenis romantic kalau boleh bagi bunga tiap hari satu kuntum. Hello, thats drama! Kalau ada pon anak orang kaya jutawan lah. Ni kau bercinta dengan anak penjawat awam. Dah lah tak kerja lagi. Mana nak cekau duit buat kau happy! Jangan telan bulat-bulat dari drama yang kita tonton. Hidup inilah realiti! Berdepanlah dengan kehidupan ini!


Kesetiaan amatlah penting dalam mengukuhkan cinta yang anda semai hampir 7tahun, 3tahun, dan bla bla. Bersifat kasih dan sayanglah pada pasangan kita yang banyak berkorban dan jujur sepanjang usia perkenalan kita. Kenangkan jasa nya, pasti anda akan terfikir untuk tidak berlaku curang padanya. Kalau kita sayangkan pasangan kita, kita tak akan biar dia menangisi kesalahan kita. Kita pasti akan berasa sedih sekiranya si dia kecewa dengan kita. Jadikanlah diri kita seorang yang setia pada pasangan kita. Sesungguhnya, kesetiaan itu lah lambing cinta yang sebenar. Ianya melibatkan kedua belah pihak. Jaga lah batas pergaulan sekiranya kita sudah berpunya. Kumbang masih banyak diluar sana wahai si dara yang belum berpunya. Tapi tapi tapi bukan jejaka milik gadis lain. Kalau dah bercinta pun kau main kayu tiga, nanti kau kahwin ngan aku, berapa banyak lagi kayu kau nak main?! Fikir-fikirkan lah! Kerana dunia ini sering berputar. Sekiranya tak jadi pada kita, mungkin jadi pada adik kakak abang kita. Renung-renungkanlah!


p/s: saya suka melihat pasangan yang lama bercinta mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih lagi yang dari zaman persekolahan kerana mereka berjaya mengekalkan hubungan itu. saya sentiasa menDoakan setiap pasangan yang bercinta agar cinta mereka membawa kepada perkahwinan sehingga ke akhir hayat mereka.




Love,

DayahSamad.

Thursday, February 17, 2011

love your life !


relax and enjoy it.



Love,

DayahSamad.

Mari belajar !!!


Saya seorang yang kurang rajin menelaah buku! Tapi saya sentiasa berazam untuk belajar, mengulang kaji pelajaran demi mencapai impian saya dan memenuhi harapan ibu saya! Mari-mari tips belajar!

Oh readers,


Cukupkan tidur.

Jangan manjakan diri anda untuk tidur lebih waktu. Jangan paksa diri anda untuk dapatkan waktu tidur yang kurang. Orang dewasa haruslah tidur dalam 6-8 jam sehari. Perasankah anda, jika anda tidur melebihi waktu atau kurang mendapat tidur, kepala anda akan pening-pening. Haa...macam mana nak belajar kalau pening? maka, kawal diri anda. Janganlah anda tidur tak tentu waktu. Biasanya pelajar pasti akan tidur lewat, lagi-lagi di peringkat University, tidur dalam pukul 2,3 dan ada juga yang tak tidur seharian. Tapi cubalah bangun keesokkan hari, apa yang anda dapat? Menguaplah anda seharian, kepala pusing, 1 apa pun tak boleh buat! Jadi, dapatkan waktu tidur yang betul. Disamping itu, anda tidak akan mengalami masalah tidak hadir ke kelas, bukan? Tahukah anda, Tidur yang kurang dan banyak boleh mengakibatkan kegemukan. Anda juga pastinya tiada mood dan berasa amat letih. Dapatkanlah tidur yang cukup supaya sentiasa sihat dan ceria!



Awal sikit.

Ye, kelas anda pukul 10 dan anda ada kenderaan sendiri untuk ke kelas. Jadi bukanlah alasan bagi anda untuk memulakan perjalanan ke kelas 5minit sebelum pukul 10. Kalau anda lambat masuk ke kelas, anda bukan sahaja menganggu pensyarah malah rakan-rakan anda. Anda juga akan ada perasaan takut hendak masuk ke kelas kerana lambat dan ini membuatkan anda hilang semangat dan minat terhadap subjek berkenaan kerana dimarahi oleh pensyarah anda.Jadi, gerak awal lah der! heee.


Tumpukan perhatian sepenuhnya.

Kalau anda seperti saya yang malas bebenor nak membuka balik apa yang dipelajari, haa...tumpukanlah perhatian sepenuhnya. Elakkan duduk dalam kumpulan kamcing anda kerana ini akan membuatkan mulut anda ringan bebenor nak berborak. Bila pensyarah cakap, pahamkan sepatah-sepatah setiap ‘words’ yang keluar. Kalau tak paham, terus angkat tangan. Hey, malu bertanya sesat jalan tau tak? Tapi tapi tapi kalau malu jugak mendadak-dadak, apa kata anda jumpa pensyarah anda selepas kelas. Ye, itulah yang terbaik! Janji anda pahamkan apa yang diajar oleh pensyarah anda! J


Nota ringkas cantik memerlukan anda kepakaran mengolah apa saja input yang ada ke atas sebuah kertas dan menghasilkan sesuatu yang cantik. Kenapa cantik? Tulisan burukkk! Ohh, perlu lah cantik, semua orang suka melihat benda cantik. Kalau anda tulis buruk-buruk, nak ke anda baca nota ringkas yang tak cantik tu? Alamatnya ke dalam tong sampah akhirnya! Kalau tulisan buruk pon at least tulislah yang boleh dibaca. Kalau tak pon, typelah kat ‘lappy’ alaa kan sekarang boleh guna Microsoft power point buat slide show. Apa tunggu lagi! Nota ringkas amat berguna kepada anda bila masa ‘exam’ nak bermula. Nak baca 1buku ‘exam’ lagi 10 minit mana sempat kan? Nota ringkas boleh membantu anda ‘refresh’ ingatan anda.

p/s: anda tetap kena membaca walaupun ada nota ringkas dari pensyarah. J



Kenapa membaca-baca? Ye, sbb anda perlukan lebih dari 1 buku untuk dibaca. Janganlah anda menghadap buku yang sama berulang kalau dah tak paham. Tapi yang penting anda harus membaca. Mana nak tau apa yang jadi kalau kita sendiri tak memahami. Takkan nak harapkan orang je kan sbb kita ni dah besar panjang. Betol tak?



Jangan Tangguh.

hari ni tak turun main bola, tak pergi makan dengan gf sebab ‘assignment’ sebulan lepas tak siap lagi, esok dah due date! Padan muka ang! Siapa suruh ang tangguh-tangguh? Jadi, janganlah tangguh kerja, kalau taknak bertimbun-timbun kerja. Kalau anda tangguh kerja, masa untuk anda gunakan dalam memproses ‘assignment’ tak cukup! Makanya, hasil yang diperolehi kurang memberangsangkan. Your result nanti, jangan cerita lah! Bukan itu je, dalam apa saja perkara pon jangan lah anda tangguh, lagi-lagi bab solat. Makan juga. Bila anda tangguh anda sebenarnya membentuk peribadi kearah KEMALASAN!



Berdoa dan berserah.

Ye, tiap kali habis solat, jangan alpa untuk berdoa. Sesungguhnya orang yang sombong adalah orang yang tidak berdoa pada akhir solatnya. Doalah kepada tuhan, minta segala ilmu yang dipelajari mudah difahami dan dapat berkat dari-Nya. Berserahlah kepada-Nya setelah anda berusaha! insyaAllah!


itu saja dari saya, sekian.


Love,

DayahSamad.

hubungan kekeluargaan (adik-beradik) yang utuh !

Keluarga adalah utama bagi saya. Hidup saya sudah cukup bahagia andai saya hanya ada keluarga. Dibesarkan dalam keluarga yang ramai iaitu 7 orang adik beradik membuatkan saya alpa akan kewujudan teman-teman. Bayangkanlah, kat rumah ada 3 kakak, 2 abang, seorang adik lelaki. Masa kecik-kecik, kami kumpul adik beradik dah boleh buat team ‘rounders’ untuk blok di taman kami. Bagi saya keluarga adalah segalanya! Bagaimana hendak menjaga hubungan kekeluargaan?

Oh, readers,

  • Hormat-menghormati

Ye, sebagai anak bongsu perempuan (6 dari 7 beradik) saya amat menghormati kakak-kakak dan abang-abang. Even adik saya pun saya hormat dia. Jangan gunakan AKU-KAU dengan memanggil kakak atau abang. Dari kecik lagi, kalau mak atau arwah ayah dengar saya bahasa kan diri aku-kau, mau nye kena rotan sedas! (tapi tak pernah kena rotan Cuma amaran. Kakak saya pernah kena! Heee). Gunakanlah kata ganti diri sebagai contoh, adik,along, alang dan sbg. Ini akan mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga. Walaupun masing-masing dah membesar sekarang, kami masih mengekalkan panggilan kata ganti diri masing-masing.

  • Jangan berkira dan mengungkit

Ini amat penting! Dengan adik beradik janganlah sesekali berkira! Dan paling penting jangan mengungkit. Walaupun anda bergaduh dengan adik anda, jangan sesekali ungkitkan pernah belanja KFC takpun belanja tengok cerita khurafat. JANGAN!

  • Sayang-menyayang.

Sayangi keluarga anda! Bagi post ini di-highlight-kan ADIK BERADIK anda. Tanpa mereka, siapalah anda. Jangan membenci mereka! Malah sayanglah mereka walau apa saja yang terjadi. Selalulah membuat majlis keramaian dengan mengundang adik-beradik anda. Maklumlah sekarang semua dah besar-besar. Ini dapat menunjukkan betapa anda merindui saat-saat anda bersama adik beradik anda. Rindu kan tandanya sayang, betol tak? Heee.

  • Buat ‘EVENT’ tahunan.

Masa kecik-kecik dulu mak dan ayah rajin bawa kita jalan-jalan, jadi, bila dah besar panjang, giliran kita bawa mereka pula. Tapi tak seronok juga jika mak dan ayah saja yang ada, apa lagi, Jemput adik beradik anda sekali! Makin ramai, makin meriah, betol tak? Banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati. Tak payah pergi jauh-jauh. Malaysia banyak tempat menarik contohnya, Langkawi, Cameron Highland, Sungai Gabai. Oh, banyaknya, tak larat nak senaraikan. Kalau dah semua besar panjang, tak ada masa, duk jauh-jauh, cukuplah sekadar setahun 2 kali sahaja event macam ni. Heee





'event' tahunan (2009)

majlis perkahwinan abang sulungku


Banyak sebenarnya cara untuk anda menjaga hubungan antara keluarga. Ini bergantung kepada individu sendiri. Tapi mana lagi nak cari darah daging kita kalau bukan adik-beradik sendiri, betol tak? Maka, wajib lah anda menjaga hubungan antara kekeluargaan. Bak kata pepatah, air dicincang takkan putus, begitu hubungan adik beradik.

p/s: gf lari boleh cari ganti, kakak saya lari sapa nak beli kan baju baru nanti? Heee. Kidding!

Love,

DayahSamad

Wednesday, February 16, 2011

gaya HIDUP sihat !


“ngantoknya pagi-pagi ni!”,

“lebih baik ‘jogging’ atas katil petang-petang nyaman cam ni!”

Biasa dengar kan? Kalau bukan anda yang pernah cakap macam ni, mesti anda ada terdengar kawan atau jiran anda ungkapkan. Kalau tak pun, adik ke, kakak ke, abang ke. Oh come on! Sila beri ‘self-improvement’ kepada mereka-mereka ini! chill~

Badan yang sihat bermula dari anda!kalau anda rasa dengan berbadan gemok ala-ala sumo sesuai dengan anda, HENTI-kan membaca! tapi tapi tapi, kalau anda sedar diri, inginkan hidup lebih sihat bukan saja memiliki tubuh yang kurus, langsing dan paling penting IDEAL, go Ahead readers!

Oh readers,

Dengan bersenam, kita mampu membakar lemak terkumpul yang banyak serta menyihatkan tubuh badan kita. tetapi jangan berhenti bersenam! Ini kerana walaupun anda bersenam sehari suntuk, belum pasti lemak anda akan terbakar. 30 jam diperlukan bagi aktiviti berjalan tetapi hanya 1 kilo lemak sahaja mampu di-nyahkan dan 1kilo lemak terbakar sepenuhnya untuk 13 jam senamrobik. (fakta dari pelajar biologi USM). Haaa..susahkan nak buang lemak?. Jadi,,betapa Rugi nya jika anda berhenti bersenam! (lagi 1, kalau kuat makan tu banyak-banyakkanlah bersenam yeee!)

Aktiviti bersenam boleh dilakukan di mana saja anda berada. ‘indoor’ mahupun ‘outdoor’. Jadi tiada alasan sebenarnya bagi anda untuk bersenam. Jika anda sibuk dengan tugasan ‘assignment’ yang bertimbun ataupun anda BOS yang sibuk ber-mesyuarat, luangkanlah sedikit masa, ‘at least’ 15minit untuk aktiviti senamrobik yang boleh dilakukan di bilik anda! Bagaimana? Well, sekarang dunia dah moden, canggih dan sangat IT! U just click on your favourite exercise video on YOUTUBE,,euuuuwww, on YOUTUBE ONLY! Tak perlu anda gagahkan diri berjalan ke Taman permainan kanak-kanak Titiwangsa ataupun Taman Belia untuk aktiviti Poco-poco bulanan, HANYA ‘CLICK’! kemudian, berdiri (ikut jenis senaman yang dipilih) dan ambil posisi yang sesuai. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk diri anda!

Berikut adalah beberapa aktiviti senaman yang boleh dijalankan bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda:




jom swimming! (lamanya tak swim)



dan dan dan, bagi mereka yang agak malas bersenam, ada tips lagi untuk anda, KURANGKAN KUANTITI DALAM MAKAN! ye, anda harus kurangkannya! Jangan isi penuh semua makanan dalam pinggan anda! JANGAN MAKAN MALAM, paling lewat ambil 'dinner' pada pukul 7malam. JANGAN MINUM AIR BER-AIS kalau tak nak perut buncit! dan jika boleh, BANYAKKAN BERJALAN..jangan MALAS berjalan. takkan nak pergi kedai mamak depan rumah nak naik kereta? JALAN KAKI LAH! bila anda sihat, tubuh anda akan memberi kerjasama kepada anda. anda sihat, tak sakit dan boleh menjalani kehidupan sosial yang sihat! bagi PEROKOK TEGAR, KURANGkan kepulan asap! ye tahu, berhenti rokok secara drastik akan memberi kesan sampingan kepada anda, jadi, KURANGKANLAH merokok kerana rokok membahayakan kesihatan!
maka, dengan bersenam dan menjalani gaya hidup yang sihat, anda mampu menangani 'stress' yang di-alami di kolej mahupun di pejabat. luangkan masa anda bersama teman-teman dan keluarga anda agar hubungan silaturrahim dapat dicapai. tambah pula, dengan senaman anda tidak memerlukan kos yang banyak.

diharap dengan senaman akan membantu kita meningkatkan keyakinan diri dan turut mendisplinkan diri kita.

Love,

DayahSamad.

Sayangilah diri anda !

Setiap manusia inginkan diri di-sayangi dan di-hargai. Cinta bersifat sempurna,sesiapa yang merasainya pasti terpesona ! Tiada ungkapan mampu dilafazkan apabila diri enak ditenggelami perasaan cinta dan sayang ini.

Namun sedarkah anda, jika anda ingin diri anda disayangi, anda seharusnya terlebih dahulu menyayangi diri anda sendiri. Tiada siapa yang lebih menyayangi kita, kecuali diri kita sendiri. Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kita untuk terus berusaha men-cintai dan menyayangi diri kita sendiri sebelum kita menghadiahkan perasaan cinta dan sayang itu kepada orang lain, khususnya!

Bagaimana anda boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa anda mencintai diri anda?

Oh, readers,

· Pemaaf

Maafkan diri anda ! ye, anda WAJIB memaafkan diri anda sebelum orang lain memaafkan anda. Manusia tidak pernah lari daripada masalah, oleh itu, kita seharusnya memaafkan kesalahan yang kita lakukan. Misalnya, kita suka menonton ‘movie’ hingga lewat malam,kadang-kadang tidur pukul 3 , 4 pagi sehingga kita terlewat ke kelas walaupun sudah set ‘alarm’. Jadi, perkara pertama ialah, MAAFKAN diri anda kerana bangun LEWAT ! Jangan MAKI diri sendiri dan berhenti MENYALAHKAN DIRI ! insyaAllah, kita akan berasa lebih tenang!

· Lakukan aktiviti sendirian

“Oh, tidakkkkk!” mungkin inilah yang anda akan katakan jika diminta untuk melakukan aktiviti sendirian. Setiap manusia berbeza. Dan setiap manusia perlukan masa bersendirian. Anda boleh membawa diri anda pergi menonton wayang tanpa ‘girlfriend’ atau ‘shopping’ tanpa kawan-kawan. “kenapa sorang-sorang? Temanlah aku!” Hello readers, MANJAKAN dirimu sendirian. ‘SELF-independence’! Tapi tapi tapi, janganlah jadi SOMBONG pulak ! aktiviti ini sesuai diadakan seminggu sekali. Bayangkanlah anda ‘shopping’ bersama kawan-kawan, anda tidak cukup kaki nak pergi kedai kegemaran kerana sibuk mengikut teman-teman anda ke kedai kegemaran mereka. Oh, readers, adakah anda suka? heee

· Tepati Janji

Janji yang diungkapkan untuk diri sendiri. Misalnya, berjanji untuk tidur awal. Oh, readers, Tepatilah janji anda ! walaupun dengan diri sendiri ! janganlah seksa jiwa dan hati anda sendiri !

· Hadiah untuk diri sendiri

Bukan macam usop hantu kak limah yang perasan dapat blueberry kek, tapi keadaannya hampir begitu ! Cuma anda janganlah pura-pura tak tau beli apa pulak! Belikanlah diri anda apa sahaja sebagai habuan. Takkan bagi orang lain boleh, diri sendiri, dapat ZERO je kan?

· Buang sikap MALAS

Semua manusia mesti akan ada sifat malas, biar pun sedikit ! Namun azam itu mesti ada untuk men-nyah kan sifat tersebut ! berlakulah ADIL dengan diri, Rajinkan diri !

Love,

DayahSamad

Life is meaningful my dear!


Hello readers,

Life is meaningful, colour your life, enjoy it !



Self-improvement is important for those people who really get stuck in their life !

Oh readers,

‘Self-improvement’ ialah pembangunan diri manusia dengan memotivasikan diri supaya mampu menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Secara idealoginya, ‘self-improvement’ berkaitan dengan diri manusia yang secara zahirnya mempunyai pelbagai emosi serta dugaan hidup untuk ditempuhi. Namun begitu, jika kesedaran mampu dicapai oleh individu, pastinya kesedaran untuk membangunkan diri akan terlaksana.

‘self-improvement’ terbahagi kepada beberapa cabang yang sangat luas. Namun begitu misi nya tetap sama iaitu meningkatkan diri! Ye, setiap insan di dunia ini inginkan kehidupan yang bermakna serta disenangi. Oleh itu, BLOG ini akan memberikan anda beberapa tips dari saya sendiri (juga hasil tinjauan) untuk dikongsikan bersama anda. Go ahead readers!

Love,

DayahSamad